Percetakan batu

Percetakan batu[1][2] atau litografi (gabungan lithos, batu dan graphein, iaitu menulis)[3] ialah kaedah percetakan pada asalnya berdasarkan kehalusan minyak dan air.[4] Pencetakannya adalah dari batu (batu kapur litografi) atau plat logam dengan permukaan halus. Kaedah percetakan ini dicipta pada tahun 1796 oleh pengarang dan pelukis Jerman Alois Senefelder sebagai kaedah yang murah untuk menerbitkan karya-karya pementasan.[5][6] Percetakan batu boleh digunakan untuk mencetak tulisan atau karya seni ke kertas atau bahan lain yang sesuai.[7]